Psalm | psalm | Muzik | Tiada | 1. Puisi daripada Kitab Zabur atau psalm yang wujud pada abad ke-2 Sebelum Masihi. Psalmos dalam bahasa Yunani bermaksud memetik atau memukul tali pada alat tali. 2. Gubahan muzik yang berdasarkan teks psalm. Karya jenis ini dinyanyikan dalam upacara liturgi gereja Katolik, Kristian dan agama Yahudi kuno. Nyanyian psalm secara canta merupakan sebahagian daripada tradisi persembahan missa dan qfficium sejak Zaman Paus Gregory I (sekitar 600 Masihi). Pada abad ke-16, nyanyian psalm secara bermeter oleh jemaah |
bunraku | bunraku | Muzik | Tiada | Teater patung yang muncul di Jepun pada Zaman Edo (1615-1868). Persembahan teater bunraku diiringi oleh seorang penyanyi yang juga berperanan sebagai narator dan seorang lagi pemain alat shamisen. Muzik yang mengiringi shamisen dipanggil gidayu-bushi bersempena dengan nama perintis teater ini, iaitu Gidayu Takemoto. Beliau seorang penyanyi dan pencipta muzik bunraku yang terkenal. Lihat juga gidayu. |
nang sbek thorn | nang sbek thorn | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). |
testimonials | perakuan | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan. |
wayang kulit | wayang kulit | Muzik | Tiada | Teater yang menggunakan bayang-bayang patung di belakang kelir. Patung digerakkan oleh seorang dalang. Teater ini terdapat di Asia Tenggara, China dan India. Lihat juga wayang kulit Jawa, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung, nangyai, nang kalun, nang sbek thorn. |
thermostat | termostat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang mengawal aliran bahan pendingin dari enjin ke radiator. Semasa enjin dalam keadaan sejuk, injap ini tertutup dan menghalang bahan pendingin mengalir ke radiator. Tindakan ini dapat mengumpul haba dalam enjin menyebabkannya menjadi panas dengan cepat. Apabila enjin mencapai suhu operasi yang tertentu, termostat akan terbuka dan membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya ke radiator. Pengkadaran termostat ditentukan oleh suhu yang tertera padanya. Terdapat dua perkadaran, iaitu 85°C (185°F) dan 91°C (195°F). Ter- mostat mula terbuka pada suhu ini dan terbuka sepenuhnya ketika mencapai 11°C (20°F) lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan. |
tong | tong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon jenis yang dipetik, iaitu hap mulut. Tong serupa dengan alat muzik ruding dan hap mulut yang lain. Alat muzik ini memainkan motif melodi pendek untuk hiburan. Tong yang terdapat di Sarawak dimainkan oleh kaum Kajang dan Orang Ulu di kawasan pedalaman. Lihat juga bungkau. |
variation | variasi | Muzik | Tiada | Bentuk muzik yang dicipta dengan satu tema dan beberapa siri perubahan tema tersebut. Variasi dibahagikan kepada variasi berbahagian dan variasi berterusan. Variasi berbahagian mengandungi satu tema dan diikuti beberapa variasi tema tersebut seperti yang terdapat dalam karya theme and variations. Contohnya, Goldberg Variations, BWV988 (1741-1742) oleh J.S. Bach dan Thirty-three Variations on a Waltz by Diabelli, Op. 120 (1823) oleh Beethoven. Va |
ottu | ottu | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Ottu terdiri daripada tiub panjang yang berukuran satu meter atau lebih dan ridnya terletak pada pangkal alat muzik tersebut. Ottu diperbuat daripada kayu dan mempunyai satu atau dua lubang jari sahaja. Alat muzik ini menghasilkan dron, iaitu satu pic secara berterusan untuk mengiringi bahagian melodi yang dimainkan oleh alat muzik nagasvaram. Ottu dimainkan dalam muzik kuil agama Hindu dan muzik klasik Karnatak di kawasan selatan India. |
prepared piano | piano nyedia | Muzik | Tiada | Gaya muzik piano pada abad ke-20. Tali piano diselitkan dengan bahan yang berbeza untuk menghasilkan bunyi yang tertentu. Bahan yang diselitkan seperti pin, getah, kertas, kain dan rantai besi. Selain itu, untuk menghasilkan ton yang berbeza beberapa pic ditiunkan satu suku ton lebih tinggi atau lebih rendah daripada pic asal. Antara komposer abad ke-20 yang telah menghasilkan karya untuk piano nyedia ialah John Cage dan Lou Harrison. Contohnya, Sonatas and Interludes (1946-1948) oleh Cage. |