catalyst poison | racun mangkin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bahan terendap pada permukaan mangkin yang akan menyebabkan keaktifan mangkin berkurangan. |
contamination dose | dos kontaminasi | Kejuruteraan | Tiada | Dos sinaran yang terendap pada suatu permukaan selepas letupan senjata nuklear. |
deposit dose | dos endapan | Kejuruteraan | Tiada | Dos sinaran yang terendap pada suatu permukaan selepas letupan senjata nuklear. |
lithification | pembatuan | Kejuruteraan | Petroleum | Proses yang mengubah sedimen yang telah terendap tetapi masih dalam keadaan peroi menjadi batuan sedimen yang keras. |
filter cake | kek turas | Kejuruteraan | Petroleum | Bahan pepejal atau separuh pepejal yang terendap di atas medium poros sepanjang proses penurasan lumpur penggerudian dijalankan. Proses penurasan ini dilakukan dengan alat khas yang dikenali sebagai penuras bertekanan. |
kame terrace | teres kame | Geologi | Tiada | Jasad hanyutan terstrata yang menyerupai teres dan terendap di antara glasier dan dinding lembah bersebelahan. |
volcanic sediment | enapan gunung berapi | Kejuruteraan | Tiada | Enapan berasal daripada gunung berapi termasuk bahan serpihan yang dilepaskan daripada letupan dan terendap di daratan atau dalam air. |
B horizon | horizon B | Biologi | Ekologi | Zon bahagian tengah profil tanah. Zon ini mengandungi garam, koloid, dan bahan organik yang terendap dari horizon A |
electrogravimetry | elektrogravimetri | Kimia | Kimia Analisis | Analisis elektroendapan melalui pengendapan kuantitatif suatu unsur daripada larutannya pada satu elektrod. Kuantiti unsur yang terendap boleh ditentukan dengan menimbangkan elektrod itu sebelum dan selepas pengendapan. |
Imhoff tank | tangki Imhoff | Kejuruteraan | Tiada | Tangki untuk olahan endapan kumbahan yang bergantung pada olahan biologi anaerob. Kumbahan masuk pada bahagian atas kebuk dan pepejal terendap melalui alur bahagian bawah kebuk cerna, manakala enap cemar keluar secara automatik. |