Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.luar] | ترکلوار

Definisi : 1. (kelihatan atau terdapat) ber­ada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.luar] | ترکلوار

Definisi : 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pin perforationpenembusan pinPergigianTiadaPin yang terkeluar dari liang yang disediakan. Ia terkeluar disebabkan sudut kemasukan yang condong ke arah permukaan luar gigi atau rongga pulpa. Jika pin terkeluar ke arah luar ia menyebabkan inflamasi gingiva dan jika ia terkeluar ke arah rongga pulpa ia mengakibatkan kematian tisu pulpa. Sekiranya dikesan pada peringkat awal, pin ini harus dikeluarkan bagi mengelakkan inflamasi gingiva dan kematian tisu pulpa.
off-trackingterkeluar lorongKejuruteraanTiadaTiada
outer automorphismautomorfisma terkeluarMatematikTiadaSebarang automorfisma kecuali automorfisma dalaman.
outer measuresukatan terkeluarMatematikTiadaTiada
breakout oilminyak terkeluarKejuruteraanPetroleumMinyak yang naik ke permukaan lumpur, yang sebelumnya merupakan sebahagian daripada lumpur itu sendiri. Minyak ini bergabung dengan air dalam lumpur sebagai emulsi.
outer producthasil darab terkeluarMatematikTiadaTiada
emitted behaviourtingkah laku terkeluarPsikologiTiadaTiada
enderpenamatPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang terkeluar daripada cerapan kajian kemortalan atas sebab mencapai umur maksimum atau tamat tempoh masa.
miscuesalah pukulSukanTiadaPukulan yang terkeluar daripada sasaran asal.
brain herniationherniasi otakPerubatanTiadaKeadaan terkeluar sebahagian tisu otak daripada ruang tengkorak melalui magnum foramen atau daripada suatu kompartmen dalam otak ke kompartmen lain. Keadaan ini boleh berlaku kerana tekanan intrakranial yang terlalu tinggi akibat pendarahan, kanser atau sembab otak.
12345678910...

Kembali ke atas