ideal solution | laturan unggul | Kimia | Tiada | Larutan yang terdapat daya tarikan yang sama di antara zat terlarut-zat terlarut, di antara pelarut-pelarut dan di antara zat pelarut-pelarut. |
partition law | hukum sekatan | Kimia | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa apabila zat terlarut berada dalam keseimbangan di dalam dua pelarut tak larut campur, X dan Y, zat terlarut teragih di dalam pelarut mengikut hukum: kepekatan zat terlarut di dalam X = pemalar kepekatan zat terlarut di dalam Y Pemalar ini disebut pekali sekatan pada suhu tertentu. Lazimnya zat terlarut lebih larut di dalam pelarut X. hukum ini berguna dalam proses pengekstrakan pelarut. Batasan bagi hukum ini adalah bahawa zat terlarut mestilah dalam keadaan yang serupa di dalam kedua-dua pelarut, iaitu tidak bercerai, bersekutu atau bertindak balas di dalam mana-mana pelarut. |
saturated solution | larutan tepu | Kimia | Tiada | Larutan yang mengandungi amuaun zat terlarut paling meksimum dalam keseimbangan pada suhu tertentu. Larutan tepu disediakan dengan menambahkan zat terlarut kepada pelarut yang mempunyai jisim tertentu sehingga zat terlarut tidak melarut. Kepekatan larutan tepu merupakan keterlarutan zat terlarut di dalam pelarut tersebut. |
A horizon | horizon A | Biologi | Ekologi | Zon yang paling atas pada profil tanah. Di zon ini, garam-garam terlarut dan koloid terlarut lesap dan bahan-bahan organik terkumpul. Horizon A terbahagi kepada beberapa lapisan lagi mengikut kawasan. |
plasm | plasma | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Cecair berwarna kekuning-kuningan yang merupakan sebahagian daripada darah. Plasma terdiri daripada 92% air dan 8% zat terlarut. Sebahagian besar zat terlarut ialah protein, seperti albumin, globulin, faktor pembekuan darah dan fibrinogen. |
partition coefficient | pekali sekatan | Kimia | Tiada | Nisbah kepekatan zat terlarut di dalam dua pelarut yang tidak larut campur, yang berada dalam keseimbangan pada suhu dan tekanan malar. Pekali sekatan, D, ialah pemalar keseimbangan yang lazimnya diungkapkan sebagai kepekatan zat terlarut di dalam pelarut 1 dibahagi dengan kepekatan zat terlarut di dalam pelarut 2 apabila zat terlarut lebih larut di dalam pelarut 1. |
dissolved oxygen | oksigen terlarut | Kejuruteraan | Tiada | Molekul oksigen yang terlarut dalam air, dalam unit mg/liter, dan jumlahnya digunakan untuk mengukur kesesuaian air bagi organisma akuatik. |
dissolved gas | gas terlarut | Kejuruteraan | Tiada | Gas asli yang terlarut dalam minyak di dalam reservoir minyak. |
solution gas | gas terlarut | Kejuruteraan | Tiada | Gas asli yang terlarut dalam minyak di dalam reservoir minyak. Sinonim: dissolved gas. |
dissoved gas | gas terlarut | Kejuruteraan | Petroleum | Gas asli yang terlarut di dalam minyak mentah dan berada dalam larutan bersama minyak mentah tersebut di dalam resebor minyak yang umumnya berada pada suhu dan tekanan tinggi. |