Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.paut] | ترڤاءوت

Definisi : Jk perbezaan, selisih; ®te­paut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.paut] | ترڤاءوت

Definisi : 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. ter­ikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, ter­sua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.paut] | ترڤاءوت

Definisi : terikat atau tertambat oleh rasa kasih dll; tertarik akan sesuatu: Hatinya sudah ~ pd anak dagang yg hitam manis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,

Puisi
 

Embun menitis ke pohon mawar,
     Mawar biru berselang putih;
Racun sudah jadi penawar,
     Hati yang rindu terpaut kasih.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crosslinked polymerpolimer terpaut silangKejuruteraanPolimerPolimer yang terikat bersama dalam tiga dimensi secara terpaut silang. Sin. polimer rangkaian.
crosslinking coefficientpekali pemautsilanganKejuruteraanPolimerNisbah bilangan unit terpaut silang terhadap purata berat molekul polimer dalam polimer terpaut silang.
linked relativerelatif terpautMatematikTiadaTiada
linked circuitlitar terpautKejuruteraanTiadaTiada
linked switchsuis terpautTeknikElektrikSuis yang mempunyai beberapa bilah logam bagi membuat sambungan dan memutuskan sambungan semua kutub secara serentak.
linked clustergugusan terpautFizikNanoteknologiGugusan yang terdiri daripada zarah emas yang disalut dengan semburan halus tiol N-asetilsisteina (RSH) yang dapat disambung dengan metana -CH3. Molekul berantai ini terumbai keluar daripada permukaan zarah. Gugusan zarah ini terdiri daripada susunan dua dimensi zarah nano bersaiz 500 nm, yang bersambung antara satu sama lain dan dapat dimendapkan ke atas permukaan rata.
linked numbering schemeskim pernomboran terpautKejuruteraanTiadadiagihkan di antara pelanggan-pelanggan pada beberapa ibu sawat dalam kawasan tertentu.
macroreticular polymerpolimer makroretikularKejuruteraanPolimerRangkaian polimer terpaut silang yang berongga makro dan poros, telap kepada pelarut, dan kurang membengkak daripada rangkaian polimer biasa.
network polymerpolimer rangkaianKejuruteraanPolimerLih. polimer terpaut silang.
solsolKejuruteraanPolimerBahagian separa polimer yang terpaut silang yang tidak termasuk dalam rangkaian rantai polimer. Sol terdiri daripada molekul linear atau bercabang yang larut di dalam pelarut.
123

Kembali ke atas