canalized selection | pemilihan tersalur | Biologi | Genetik | Penyingkiran genotip yang membuat individu peka kepada perubahan persekitaran. |
canalized character | sifat tersalur | Biologi | Genetik | Sifat trait yang tidak terpengaruh oleh mutasi atau persekitaran. |
bubble-through humidifier | pelembap laluan gelembung | Perubatan | Tiada | Alat untuk melembapkan oksigen sebelum disalurkan kepada pesakit. Kaedah ini dilakukan dengan mengalirkan oksigen ke dalam takungan air dan oksigen yang terhasil akan tersalur ke tiub pernafasan lalu masuk ke sungkup muka pesakit. |
Soxhlet extractor | penyari Soxhlet | Kejuruteraan | Petroleum | Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendalir yang hadir dalam sampel teras (palam teras) yang akan digunakan dalam uji kaji untuk mengukur keporosan dan ketertelapan. Alat ini berupa satu kelalang yang mempunyai tiga kebuk. Pelarut atau bahan penyair seperti toluena diisi ke dalam kebuk yang bawah. Apabila dipanaskan, toluena akan meruap dan masuk ke dalam sampel teras. Wap toluena yang keluar dari teras itu akan terpeluwap dalam kebuk atas dan kemudiannya tersalur ke dalam kebuk tengah. Peluwap yang terhimpun ini berikutnya akan tersifon semula ke kebuk bawah. Proses ini berlaku berulang-ulang sehingga bahan yang disari itu terhimpun di dalam kebuk bawah. |