realisable value | nilai terserlah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
voice | suara | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka. |
qualitative character | ciri kualitatif | Pertanian | Agronomi | Sifat atau ciri yang ditentukan oleh gen tunggal, seperti warna bunga dan buah serta bentuk daun dan bunga. Fenotip yang akan terserlah biasanya dikawal oleh alel yang dominan bagi sesuatu sifat. Contohnya, dalam tanaman pea, warna kuning pada biji lebih dominan berbanding warna hijau. Sekiranya alel dominan warna kuning terdapat dalam baka, maka warna kuning akan terserlah. Untuk mendapatkan warna hijau, kedua-dua alel hijau perlu terdapat dalam baka. Banding ciri kuantitatif. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah ole |
intrinsic credibility | ketasdikan intrinsik | Komunikasi | Tiada | Ciri-ciri dalaman yang dimiliki oleh seseorang penyampai dari segi ilmu pengetahuan, kepercayaan diri, sikap dan sebagainya yang terserlah semasa proses komunikasi. |
quantitative character | ciri kuantitatif | Pertanian | Agronomi | Sifat atau ciri yang boleh diukur, seperti saiz, berat, ketinggian, hasil dan bilangan cabang yang ditentukan oleh berbilang gen. Fenotip yang akan terserlah biasanya dikawal oleh gabungan beberapa gen. Contohnya, tumbuhan yang mempunyai banyak gen memberikan sifat tinggi berbanding dengan tanaman yang mempunyai banyak gen yang memberikan sifat rendah. Ciri kuantitatif lebih sukar diwarisi berbanding ciri kualitatif kerana ciri kuantitatif memerlukan lebih banyak kacukan untuk menghasilkan sifat yang dikehendaki. Banding ciri kualitatif. |
carrier | pembawa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan atau organisma yang mewarisi satu trait genetik tanpa menampakkan kesan kepada pembawa. Kesan terhadap anak pembawa boleh dilihat semasa dilahirkan atau mungkin akan terserlah apabila haiwan tersebut meningkat dewasa. Contoh kesan terhadap anak pembawa ialah albinisme dan akondroplasia. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting fo |
stratosphere | stratosfera | Sains | Hidrometeorologi | 1. Lapisan atmosfera di atas troposfera tetapi di bawah mesosfera. Ia menganjur dari tropopaus ke ketinggian yang suhunya mula bertambah di sekitar 20 � 25 km. Suhu di stratosfera berjulat dari �45o hingga �75oC. Kadar tukaran suhunya stabil (pada min, hampir isoterma). Ciri yang paling terserlah dalam pola edaran stratosfera ialah kemampatannya; walau bagaimanapun, apabila perubahan berlaku, ia terjadi dengan cepat. Kandungan udara stratosfera pada dasarnya sama dengan atmosfera bawah, dengan tambahan ozon. 2. Lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari tropopaus ke dasar termosfera, iaitu, ke aras suhu minimum pada ketinggian lebih kurang 70 atau 80 km. Dengan takrif ini, stratosfera termasuk mesosfera, ozonosfera, dan semua atau sebahagian daripada kemosfera. |
active state | keadaan aktif | Teknologi Maklumat | Perisian | Keadaan objek yang boleh berubah ketika pelaksanaan operasi dalaman dalam objek itu sendiri. Proses mewakili objek ini akan melaksanakan operasi tersebut secara berterusan. Contohnya, dalam antara muka pengguna grafik (GUI), keadaan aktif bagi objek tetingkap adalah ketika tetingkap boleh menerima input daripada tetikus dan papan kekunci. Dalam aplikasi hamparan pula, keadaan aktif bagi sel adalah ketika sel yang terserlah boleh diubah dan dimasukkan data ke dalam sel tersebut. Keadaan aktif bagi atur cara pula adalah ketika atur cara tersebut sedang dilaksanakan. |