older population I | populasi I tertua | Fizik | Tiada | Tiada |
older population I | populasi I tertua | Matematik | Tiada | Populasi I yang agak muda sedikit daripada populasi ekstrem seperti matahari, bintang garis tegas, bintang A, bintang kerdil Me, bintang raksasa, dan gugus terbuka tua. |
Keris Majapahit | Keris Majapahit | Keris | Tiada | Keris tertua yang telah digunakan sejak abad ke- 14 Masihi. Hulunya berbentuk seperti dewa yang membongkok serta menempatkan kedua-dua belah telapak tangannya ke atas kedua-dua belah lutut. |
ayurvedic | ayurvedik | Herba | Pemiawaian | Salah satu kaedah perubatan alternatif yang tertua di dunia dan berasal dari India. Tiga buah buku rujukan utama dalam perubatan ayurvedik ialah Charaka Samhita, Shushruta Samhita dan Astanga Hridaya. Dalam buku tersebut terkandung khasiat perubatan daripada herba, contohnya hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang digunakan untuk merawat demam panas. |
primary depression | lekukan primer | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan yang paling mustahak atau tertua bagi sesuatu sistem lekukan. |
outdoor advertising | pengiklanan luaran | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diperagakan di kawasan terbuka. Jenis pengiklanan ini dianggap sebagai pengiklanan tertua dalam sejarah. Pengiklanan ini biasanya terdapat di tempat strategik seperti di persimpangan jalan, kawasan lalu lintas yang sibuk, taman rekreasi, kawasan lapang yang menjadi tumpuan umum, dan lokasi sesuatu acara yang melibatkan kehadiran khalayak ramai. Peragaan maklumat iklan boleh dilakukan dengan menggunakan papan iklan, pemidang, sepanduk, pepanji, poster, paparan elektronik dan sebagainya. Tempoh peragaan sesuatu iklan adalah pelbagai mengikut kontrak yang dipersetujui antara pihak pengiklan dengan agen pengiklanan. |
even-aged stand | dirian sebaya | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Dirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama. Kelas umur dianggap sama sekiranya perbezaan umur antara pokok tertua dengan termuda tidak melebihi 20% jangka masa giliran tebangan. |
tower | menara | Kesenian | Seni Bina | Suatu struktur binaan yang mempunyai saiz ketinggian melebihi kelebarannya. Struktur menara yang besar dan tinggi lazimnya berperanan sebagai mercu tanda sesebuah bangunan. Antara menara tertua yang pernah dibina pada zaman awal ialah zigurat di Sumeria pada tahun 4000 sebelum masihi. |
monarchy | monarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain. |
direct mail | mel langsung | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah pengiklanan yang asas dalam menyebarkan maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan baru kepada pelanggan atau bakal pelanggan. Maklumat diedar secara pos berdasarkan senarai alamat pelanggan yang dikumpulkan oleh syarikat. Kaedah ini sangat popular dan merupakan kaedah tertua dalam strategi pengiklanan. Antara kebaikan utama kaedah ini temasuklah perkhidmatannya lebih murah, maklumat dapat diterima oleh khalayak, dan pengiklan boleh mendapatkan maklum balas secara segera dan langsung. |