folk song | lagu rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah. |
JARING (joint advanced research internetworking) | JARING ( penyelidikan rangkaian termaju bersama) | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu rangkaian di Malaysia yang dibangunkan oleh MIMOS untuk menggabungkan semua pengguna dan komputer di universiti, jabatan kerajaan dan orang perseorangan. Rangkaian ini berasal daripada RangKoM(rangkaian komputer Malaysia) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Awang Lah. |
o-tsuzumi | o-tsuzumi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluh alat muzik ini berpinggang dan diperbuat daripada kayu. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali tebal. O-tsuzumi dimainkan dengan cara meletakkannya di atas riba dan satu muka kulit dipukul dengan sebelah tangan. Dram yang berasal dari Jepun ini menghasilkan rentak tertentu dalam orkestra untuk teater tradisional Jepun seperti teater noh dan kabuki. |
metrische bewerking (Bld.) | olahan terikat | Kesusasteraan | Tiada | Puisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya. |