Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unworthy of credittidak boleh dipercayaiUndang-undangTiadaTiada
apocrief/apocryphaapokrifKesusasteraanTiadaNaskhah yang diragukan keasliannya atau tidak boleh dipercayai kerana kemungkinan naskah itu telah dipalsukan. Contoh: sebuah naskhah yang disalin semula pada ketika ini dianggap sebagai naskhah asli pada abad ke-19 kerana penyalin menggunakan sistem ejaan abad tersebut.
AES (advanced encryption standard)AES (standard penyulitan termaju)Teknologi MaklumatTiadaStandard penyulitan yang dibangunkan oleh IBM pada tahun 1977 yang dipercayai tidak boleh direngkah sehingga tahun 1997.
credibilitykebolehpercayaanSejarahTiadaPerihal boleh dipercayai atau tidak sama ada orang atau peristiwa yang berlaku.
robustnesskelasakanHerbaPeraturan dan PemasaranUkuran keupayaan prosedur analisis untuk kekal tidak terjejas oleh perubahan kecil dalam parameter analisis. Kelasakan menunjukkan bahawa prosedur analisis boleh dipercayai.
program planningperancangan programPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha secara terperinci yang dilaksanakan dalam merencana sesuatu projek, matlamat ataupun aktiviti organisasi. Perancangan program melibatkan proses penetapan kaedah, strategi, sasaran, anggaran sumber dan guna tenaga, kewangan, risiko dan penjadualan kerja yang dipercayai boleh mencapai matlamat yang dikehendaki. Ia bukan merupakan suatu usaha yang mudah kerana melibatkan kos yang tinggi, jangka masa yang panjang dan tenaga yang banyak. Perancangan program yang tidak rapi akan menyebabkan kerugian kepada sesebuah organisasi.

Cosmetic Advertising CodeKod Pengiklanan KosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranPanduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan.
sacred timezaman suciKesusasteraanTiadaZaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian.
sovereigndaulatSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa tertinggi yang tidak mempunyai batas sama ada merujuk kepada negara atau raja. Negara yang berdaulat adalah negara yang merdeka, tidak dijajah atau dikuasai pemerintahannya oleh sebarang kuasa luar. Ia bebas melaksanakan pemerintahan sendiri. Manakala daulat raja merujuk kepada kuasa luar biasa yang dimilikinya dan penderhakaan terhadapnya boleh membawa bencana. Pada masa dahulu, raja dipercayai sebagai utusan tuhan di muka bumi dan memiliki kekuatan luar biasa seperti boleh melihat benda yang gbaib. Konsep ini sering dikaitkan dengan usaha golongan istana untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat. Contohnya, kedudukan daulat Raja Melayu Melaka dahulu didakwa hasil daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang bermula dengan perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
health psychologypsikologi kesihatanPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada perkaitan antara tingkah laku dan pemuliharaan kesihatan di samping menjelaskan prinsip psikologi dalam sesuatu tindakan untuk mempromosikan kesihatan dan pencegahan penyakit. Penemuan baharu tentang penyakit yang dihidapi oleh manusia terutama yang bersifat kronik lebih banyak berkait secara langsung atau tidak langsung dengan gaya hidup individu. Tingkah laku berisiko seperti merokok, membiarkan stres berlarutan menyerang diri, penyalahgunaan dadah, amalan tingkah laku seksual yang tidak selamat, kurang bersenam atau memandu laju boleh menjadi punca berlakunya kecelaruan yang kronik. Ahli psikologi kesihatan biasanya akan mengkaji dan menyarankan beberapa teknik yang dipercayai boleh mengurangkan risiko kemalangan atau penyakit. Antara saranan yang dicadangkan ialah mendapat tidur yang secukupnya, menjaga berat badan, mengurangkan atau berhenti merokok, mengelakkan penyalahgunaan dadah dan meningkatkan senaman.
12

Kembali ke atas