Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak dapat dikenang-kenang,
     Kalau dikenang mabuk kepayang;
Jangan disangka airnya tenang,
     Tempat di situ buaya berenang.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Dada manusia tidak dapat diselam.

Bermaksud :

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

 

Lihat selanjutnya...(140)

127

What' done cannot be undone

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unsightedtidak dapat dilihatSukanTiada1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung.
ananastasiaananastasiaPerubatanTiadaKeadaan apabila pengidap tidak dapat bangkit berdiri, atau tidak dapat berdiri.
non-focalizationbukan fokalisasiKesusasteraanTiadaSudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas.
no contesttiada perlawananSukanTiadaSuatu keputusan yang menetapkan bahawa pertandingan tidak dapat diteruskan kerana ada gangguan yang tidak dapat diatasi oleh urus setia atau penganjur pertandingan.
non-competitive inhibitorperencat tak kompetitifPerubatanTiadaPerencat pada reseptor yang tidak dapat dialihkan dari tapak gabungan oleh molekul lain. Ini menyebabkan perencatan reseptor tersebut tidak dapat dibalikkan dan menghasilkan kesan berpanjangan. Contohnya, aspirin dalam perencatan fungsi platelet.
obscured sky covertutupan langit suramMeteorologiMeteorologi PerhubunganLangit yang tidak dapat dilihat disebabkan oleh fenomena pengaburan, seperti kabut dan jerebu. Oleh yang demikian, jumlah awan tidak dapat dicerap. Dalam pencerapan cuaca penerbangan, ia dikodkan sebagai "X".
random failurekegagalan rawakKejuruteraanTiada1. Sebarang kegagalan kebetulan yang berlakunya pada masa tertentu, tidak dapat diramal.,2. Sebarang kegagalan yang sebab atau mekanismenya menyebabkan masa berlakunya tidak dapat diramal tetapi boleh diramal hanya dalam konteks kebarangkalian atau statistik.
aphotic zonezon afotikPerikananTiadaBahagian dasar air laut yang paling dalam dan tidak dapat ditembusi cahaya. Keadaan ini menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku dan tumbuhan laut tidak dapat hidup. Hanya haiwan laut tertentu sahaja yang boleh mendiami bahagian ini. Antara haiwan laut yang mendiami bahagian ini ialah ikan angler, ampai-ampai dan sotong gergasi. Walau bagaimanapun, keberadaan haiwan laut tersebut bergantung pada kedalaman dasar laut.
non-polar compoundsebatian tak berkutubKimiaBiokimiaSebatian kovalen yang pusat cas positifnya dan cas negatifnya bertindan, dan keadaan ini menyebabkan tiada momen dwikutub kekal dapat dihasilkan. Sebatian ini tidak dapat mengalirkan elektrik dan juga tidak dapat mengion. Walaupun ikatan-ikatan berkutub terdapat dalam sebatian ini, tetapi kesannya dihilangkan oleh ikatan yang bertentangan sebagaimana yang berlaku dalam molekul yang simetri seperti CCI4, karbon tetraklorida. bd. sebatian berkutub
marginal welltelaga penjidarKejuruteraanPetroleumTelaga minyak atau telaga gas yang sumber aslinya hampir habis sehingga jika pengeluarannya diteruskan juga maka kos pengeluaran sudah tidak dapat diimbangi oleh masukkan yang diperoleh daripada hasil pengeluaran. Dengan demikian, kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan daripada pengeluaran telaga berkenaan tidak dapat ditentukan adalah diragukan.
12345678910...

Kembali ke atas