Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الزوجة الناشزةisteri nusyuz/isteri ingkarAgama IslamFiqhIsteri yang derhaka kepada suaminya, tidak patuh pada arahan dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. Contohnya, keluar rumah tanpa izin.
non compliancetak patuhPerubatanTiadaMengingkari nasihat terapeutik, seperti tidak patuh pada jadual pengambilan ubat.
non compliancetak patuhKejururawatanTiadaMengingkari nasihat terapeutik, seperti tidak patuh pada jadual pengambilan ubat.
boycottboikotSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan pemulauan terhadap sesuatu pihak dengan cara enggan mengadakan sebarang urusan, dalam bidang sosial, ekonomi, politik, kebudayaan atau ketenteraan. Pemulauan merupakan satu bentuk hukuman terhadap sesuatu pihak yang telah melanggar atau tidak patuh kepada peraturan sistem antarabangsa. Dari sudut sejarah, istilah tersebut mengambil sempena nama James Boycott seorang bangsawan Ireland. Beliau telah mengenakan dasar penindasan terhadap para pekerja dan penyewa tanahnya. Sebagai tindak balas, para pekerjanya pada semua peringkat memboikot segala urusan dengan beliau. Tindakan ini telah berjaya melumpuhkan urusan James Boycott.
syariah noncompliance companysyarikat tak patuh syariahEkonomiEkonomi IslamSyarikat yang aktivitinya tidak mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Syarikat berkenaan terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Sekiranya terdapat urusan yang bercampur antara aktiviti halal dengan aktiviti haram, maka penentuan status tidak patuh syariah akan berdasarkan kepada ukur rujuk percampuran. Keadaan ini menyebabkan syarikat tak patuh syariah dikeluarkan daripada senarai syarikat dalam Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI).
5% based measurementukur rujuk 5 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 5% daripada aktiviti yang haram. Aktiviti haram adalah seperti riba, judi, minuman keras dan perniagaan khinzir daripada keseluruhan aktiviti perniagaan syarikat. Sekiranya aktiviti tersebut melebihi lima peratus daripada keseluruhan perniagaan syarikat, maka syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Hal ini bermakna, jika aktiviti yang haram kurang daripada 5%, syarikat masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah kerana unsur yang haram tersebut dianggap sangat kecil dan dimaafkan dalam syariah. Oleh itu, kewujudannya tidak menjejaskan perkara halal yang lebih utama.
10% based measurementukur rujuk 10 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 10% daripada aktiviti yang melibatkan unsur umum balwa. Maksud umum balwa ialah perkara yang haram tetapi melibatkan ramai orang sehingga sukar dielakkan seperti dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Hal ini bermakna, sekiranya aktiviti tersebut melebihi 10% daripada keseluruhan perniagaan syarikat, maka syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah.
25% based measurementukur rujuk 25 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 25% yang dijana daripada aktiviti yang boleh menjejaskan status syariah. Aktiviti utama syarikat adalah jelas halal tetapi terlibat dengan aktiviti sampingan yang haram. Kedua-dua aktiviti sukar dipisahkan. Contohnya, aktiviti pengendalian hotel yang menyediakan minuman keras dan perniagaan saham yang mengurusniagakan saham syaikat yang tidak patuh syariah.
mixed benchmarkukur rujuk percampuranEkonomiEkonomi IslamKriteria penentuan percampuran yang dibolehkan daripada aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syarak. Aktiviti selaras dan tidak selaras dengan syarak ditentukan berdasarkan perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat. Terdapat beberapa tanda aras yang digunakan dalam ukur rujuk bagi menentukan peratus percampuran aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syarak. Sekiranya kadar percampuran aktiviti yang tidak selaras syariah melebihi tanda aras yang ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh syarak. Terdapat beberapa ukur rujuk percampuran yang digunakan, iaitu ukur rujuk 5 peratus, ukur rujuk 10 peratus dan ukur rujuk 25 peratus. Sinonim tanda aras percampuran.
primitive art(1)seni lukis primitifKesenianTiada1. Seni lukis yang dihasilkan oleh pelukis yang tidak berpengalaman dan tidak dipengaruhi karya lampau atau sezaman.,2. Seni lukis suku kaum yang patuh kepada cara hidup tradisional, agama dan kepercayaan puaknya.
12

Kembali ke atas