traveling cinemas | pawagam bergerak | Komunikasi | Tiada | Kaedah menayangkan filem di tempat-tempat yang tidak mempunyai kemudahan pawagam tradisi. Filem ditayangkan di tempat lapang atau dewan dengan menggunakan mesin projektor yang dijana oleh mesin penjana tenaga. |
unincorporated place | tempat tidak tergabung | Sosiologi | Tiada | Tiada |
contraction joint | sambungan genting | Kejuruteraan | Tiada | Putusan pada struktur konkrit yang dibuat untuk membenarkan pengeringan atau pengecutan suhu, dan dengannya menghalang keretakan di tempat-tempat yang tidak dikehendaki. |
genius loci | genius loci | Kesenian | Seni Bina | Semangat atau jiwa sesuatu tempat. Sesuatu tempat dianggap sebagai ruang-ruang yang mempunyai karakter, identiti, nilai dan keunikan yang tersendiri. Penelitian terhadap genius loci tidak terbatas pada aspek fizikal semata-mata tetapi juga meliputi aspek budaya seperti kepercayaan, sejarah tempat, paradigma seni dan aspek sosial seperti hubungan antara manusia. Aspek-aspek berkenaan mempengaruhi seni bina kontemporari tentang bagaimana keadaan persekitaran memberi kesan kepada sesuatu tempat, dan hubung kaitnya dengan bahan, bentuk, warna, struktur, skala, ruang dalaman dan ruang luaran dalam lingkungan tempat tersebut. Kesemua elemen ini akan membentuk karakter sesuatu tempat. Oleh itu, arkitek seharusnya perlu peka terhadap elemen-elemen ini dan mengambil peranan sewajarnya dalam menyatukan elemen-elemen tersebut bagi mewujudkan hubungan yang harmoni antara ruang, alam dan tempat yang berkenaan. |
ground plate | plat bumi | Teknik | Elektrik | Plat berbentuk segi empat yang ditanam dalam bumi untuk dijadikan elektrod bumi. Pembumian cara ini tidak memberikan rintangan bumi yang memuaskan kecuali digunakan di tempat-tempat berair atau lembap. |
projected pain | sakit tersorot | Perubatan | Tiada | Kesakitan yang dirasai tidak di tempat bermulanya atau tempat terdapatnya patologi itu. |
by standers | orang yang ada di situ | Undang-undang | Tiada | Orang yang ada atau hadir di tempat kejadian tetapi tidak terlibat, tidak menyertai atau tidak mengambil bahagian dalam kejadian itu. |
lock nut | nat kunci | Teknik | Elektrik | Alat tambah pemasangan pembuluh yang berupa nat nipis berbentuk heksagon atau bulat. Nat ini digunakan untuk mematikan pergerakan pengganding sesendal kabel atau penutup penghujung pembuluh agar tidak mudah terbuka, terutama di tempat-tempat yang sentiasa bergetar dan boleh melonggarkan sambungan panggandingan. |
aeolian | aeolian | Pertanian | Agroteknologi | Berkaitan dengan tindakan angin menghakis tanah dan membawa butiran atau debu tanah dari satu tempat ke tempat yang lain serta memendapkannya di tempat yang lain. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan gurun yang tidak mempunyai banyak tumbuhan. |
aerial work platform (AWP) | pelantar kerja udara | Kejuruteraan | Tiada | Peranti mekanikal yang digunakan secara sementara untuk membawa orang atau barang ke tempat yang tidak boleh diakses, biasanya tempat tinggi. |