timang | timang | Muzik | Tiada | Muzik vokal atau canta kaum Iban di Sarawak. Muzik ini dipersembahkan dalam upacara tertentu seperti berjamu, menjemput jin ke pesta gawai atau pesta lain yang dikaitkan dengan aktiviti menanam atau menuai padi dan menghormati kenyalang. <i>Sinonim i>pengap. |
timang (main bulatan) | (Sepak Takraw) | Sukan | Tiada | Tiada |
lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab. |
joget gamelan | joget gamelan | Muzik | Tiada | Tarian klasik di istana Pahang dan Terengganu yang wujud pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Tarian klasik diiringi oleh gamelan Melayu. Contohnya, <i>Timang Burung, Togok i>dan <i>Ayak-Ayak. Lihat juga i>gamelan Melayu. |
puisi lagu | puisi lagu | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap. |
nursery rhyme | nyanyian anak | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab. |
pengap | pengap | Muzik | Tiada | <i>Lihat i>timang. |