redox indicator | penunjuk redoks | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji. |
maltose | maltosa | Kimia | Biokimia | Disakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida. |