Microcos tomentosa | Cenderai | Pertanian | Tiada | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |
Microcos tomentosa | cenderai | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |
Rhodomyrtus tomentosa | kemunting | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek bercabang banyak dalam famili Myrtaceae. Tumbuhan ini hidup liar di tanah terbiar, belukar dan pinggir hutan, terutama di kawasan berpasir. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan bulat di hujung. Daunnya mempunyai tiga urat daun utama yang selari mengikut panjang daun. Bunganya agak besar berwarna merah jambu atau ungu muda. Buahnya jenis beri berbentuk bujur panjang dan berwarna ungu gelap apabila masak. Biji buahnya kecil dan banyak. Jus daunnya diminum untuk mengubati anemia. Buah yang muda dihancurkan dan disapu pada luka kecil. Akarnya dibuat pupuk untuk mengubati ketumbuhan pada mata. |
kenidai | kenidai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi pokok dan kayu Bridelia spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kernam, di Sabah ialah balatotan. Spesies utama kayu ini termasuk Bridelia stipularis dan B. tomentosa. Gubal kayu kenidai berwarna kuning coklat, dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat buah zaitun. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 755 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah diprosesn dan dikemas siap. Saiz kayu kenidai agak kecil, dan ini mengurangkan kegunaannya sebagai sumber kayu balak, tetapi dapat digunakan untuk membuat hulu perkakas dan peralatan kayu kecil. |