Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra] | ترا

Definisi : ark Id, bp tak; ~ usah tak usah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tra


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concertokonsertoMuzikTiada

 Karya digubah untuk pemuzik solo yang diiring oleh orkes­tra. Genre muzik diperkenalkan pada abad ke-17. Terdapat beberapa jenis konserto, antaranya konserto piano dan kon­serto violin. Karya konserto mengandungi tiga gerakan muzik. Gerakan pertama biasanya dalam bentuk sonata yang mempunyai dua eksposisi dan satu kadenza di penghujung ge­rakan, sementara gerakan kedua pula dalam tempo perlahan, manakala gerakan ketiga biasanya dalam bentuk rondo.

Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.

melakartamelakartaMuzikTiada

 Sistem pengelasan raga dalam muzik Karnatak, selatan India. Terdapat 72 skel utama atau mela dalam sistem melakarta tradisi muzik klasik Karnatak. Lihat juga raga.

dokdokMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dok ialah dram yang mempunyai baluh berbentuk kon. Alat ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel zapin tra­disional.

concertantkonsertanMuzikTiada

 1.  Genre muzik pada abad ke-18 yang terdiri daripada orkestra dan lebih daripada satu alat solo. Bentuk genre muzik ini seakan-akan simfoni.

2. 

shamisenshamisenMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil dan berbentuk segi empat. Shamisen diperbuat daripada kayu dan kulit lehernya panjang tanpa fret serta mempunyai tiga utas tali yang dipasang pada badan dan leher. Kekuda digunakan untuk menyokong tali dan alat muzik tersebut diletakkan mendatar di atas riba. Tali dipetik dengan plektrum kayu, plastik atau gading. Alat muzik yang terdapat di Jepun ini mempunyai hubung kait dengan alat muzik san xian dari China. Shamisen dimainkan dalam tra­disi muzik klasik Jepun. Alat muzik ini menghasilkan melodi untuk mengiringi lagu vokal, penceritaan, teater bunraku dan juga dimainkan dalam ensembel kecil serta orkestra


Kembali ke atas