purified bone black | tulang hitam tertulen | Farmasi | Tiada | lih. arang haiwan tertulen. |
purified animal charcoal | arang tulang tertulen | Farmasi | Tiada | Arang daripada sumber haiwan yang digunakan sebagai penjerap dan peluntur. Tulang hitam tertulen. |
carbon black | hitam karbon | Kejuruteraan | Polimer | Istilah generik yang merujuk kepada satu keluarga karbon berkoloid, iaitu hitam asetilena, hitam haiwan dan hitam lampu. Hitam asetilena terhasil daripada pembakaran setilena, hitam haiwan daripada pembakaran tulang haiwan, manakala hitam lampu adalah hasil pembakaran minyak atau bahan berkabon yang lain dalam satu sistem tertutup. hitam karbon digunakan secara meluas sebagai pengukuh dalam getah sebagai pengisi dan pigmen dalam polivinil kolrida dan plastik yang lain, dan sebagai pelindung sinaran ultraunggu. Dalam polietilena, hitam karbon bertindak sebagai agen pemuat silang. |
bone black | hitam tulang | Kesenian | Tiada | Warna hitam yang didapati daripada tulang yang dibakar. |
bone oil | minyak tulang | Kimia | Tiada | Cecair yang berminyak, hitam dan berbau busuk yang diperoleh melalui penyulingan memusnah tulang. |
binary opposition | tentangan binari | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian. |
boat-shaped coffin | keranda bentuk perahu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kuburan yang melibatkan penggunaan perahu dan dikenali juga sebagai perkuburan sekunder. Tulang atau mayat manusia yang telah mati akan diambil dan diletakkan di dalam perahu. Tapak utama ialah di Gua Kain Hitam, Niah (Sarawak). Upacara ini dipercayai turut diiringi dengan tarian kerana terdapat kesan bahagian lantai yang rata. Turut ditemui ialah bekal pengebumian seperti manik kaca, tembikar batu China, kepingan gangsa, tulang berukir, dwimuncung dan tembikar buatan tempatan. Pengebumian ini dilakukan sekitar 1000 tahun dahulu. |