Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ja] | اوجا

Definisi : ; menguja 1. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang lawan, memberang-sangkan, menggalakkan: maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; 2. ki membangkitkan hati orang supaya marah dll, memberangsangkan, memberanikan, menghasut; sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya; teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang: “Saya berasa seronok dan ~,” kata seorang pemuda yg menyertai tunjuk perasaan itu; keterujaan perihal (keadaan, sifat dsb) teruja: program yg bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya; oja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ja] | اوجا

Definisi : ; menguja 1 membangkitkan semangat (ayam sabungan dll) supaya melawan. 2 ki membangkitkan kemarahan dll seseorang; menghasut. teruja timbul minat, keinginan dsb yg kuat terhadap sesuatu; naik semangat: Sindrom itu menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan mudah ~. keterujaan keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. pengujaan perihal atau perbuatan menguja. penguja 1 orang yg menguja. 2 alat yg digunakan utk menguja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uja
Kata Terbitan : menguja,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tranversely excited laserlaser uja lintangKejuruteraanTiadaLaser yang terhasil akibat uja lintang aliran gas dalam rongga laser pada tekanan gas yang kurang daripada atmosfera.
exciteujaFizikTiadaTiada
exciteujaKejuruteraanTiadaTiada
self-exciteuja diriKejuruteraanTiadaTiada
excitation energytenaga ujaKejuruteraanTiadaTenaga yang diperlukan bagi menguja sesuatu elektron dalam atom.
excitation numbernombor ujaKejuruteraanTiadaAras tenaga elektron teruja dalam atom atau molekul.
excitation functionfungsi ujaKejuruteraanTiadaAtom yang memiliki tenaga yang lebih besar daripada atom normal.
excitation frequencyfrekuensi ujaKejuruteraanTiadaFrekuensi sinaran yang diperlukan untuk menguja elektron dalam atom atau molekul.
excitation fluorimeterfluorimeter ujaKejuruteraanTiadaAlat yang berasaskan serapan cahaya dan memancarkan pendarfluor.
excitation bandjalur ujaKejuruteraanTiadaJalur tenaga tempat elektron atom teruja.
123

Kembali ke atas