cynical | sinis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair untuk melahirkan unsur mengejek, mencemuh, memalukan atau mempersenda sesuatu atau seseorang. Walaupun unsur tersebut disampaikan dalam suasana bersahaja atau tersenyum, namun apabila dibacakan, kesannya kepada khalayak cukup ketara. Contohnya, puisi "Pak Kaduk Kembali ke Gelanggang" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya A. Wahab Ali. |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, iaitu nyata dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pcmbanding. Contohnya, 'perahu waktu' dan 'di laut umur' dari puisi "Ke Pelabuhan Jauh" karya A. Wahab Ali. |