elderly abuse | penderaan warga emas | Kejururawatan | Tiada | Perlakuan dalam bentuk eksploitasi emosi, fizikal, seksual atau kewangan terhadap orang yang berusia lebih daripada 60 tahun. |
elderly care | penjagaan warga emas | Kejururawatan | Tiada | Penjagaan yang diberi dalam bentuk sokongan emosi, fizikal atau rawatan terhadap orang yang berusia lebih daripada 60 tahun. |
psychosocial aspect of elderly | aspek psikososial warga emas | Kejururawatan | Tiada | Perihal kesihatan mental dan sosial individu yang berumur lebih daripada 60 tahun. |
gerontological nursing | kejururawatan gerontologi | Kejururawatan | Tiada | Rawatan kejururawatan yang diberikan kepada warga emas yang berumur lebih daripada 60 tahun. |
senior citizen�s menu | menu warga emas | Pelancongan | Tiada | Senarai masakan yang disediakan khas untuk warga tua. |
positive discrimination | diskriminasi positif | Umum | Tiada | Amalan atau dasar yang memihak kepada individu yang tergolong dalam sesuatu kumpulan rentan seperti OKU, warga emas dan wanita hamil. Contoh diskriminasi positif ialah menyediakan kaunter khas untuk OKU. Sinonim reverse discrimination. |
social security program | program keselamatan sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aktiviti, usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam bentuk perkhidmatan sosial bagi tujuan keselamatan dan perlindungan. Antara aktiviti yang diberikan penekanan termasuklah perlindungan dari segi isu-isu kemiskinan, warga emas, kecacatan, pengangguran, kekeluargaan, kanak-kanak dan lain-lain lagi. Keselamatan sosial selalunya merujuk kepada skim hak milik formal, iaitu kebajikan masyarakat. Keselamatan sosial juga melibatkan insurans sosial, penyelenggaraan pendapatan dan perkhidmatan. Contohnya, program penyusunan semula masyarakat setinggan, RELA dan polis bantuan. |
welfare state | negara kebajikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, S |