old money | 1. golongan kaya warisan 2. kaya warisan | Umum | Tiada | 1. Individu atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan. 2. Berkaitan dengan seseorang atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan. |
architecture heritage | warisan seni bina | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. |
heritage tourism | pelancongan warisan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara. |
inherintace tax | cukai warisan | Ekonomi | Tiada | Cukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar. |
inheritance | warisan | Teknologi Maklumat | Perisian | Konsep pengaturcaraan berorientasikan objek yang membolehkan sesuatu kelas mewarisi sebahagian atau kesemua kaedah kelas dan sifat kelas yang lain. Warisan ini membenarkan satu kelas mempunyai tingkah laku yang sama dengan kelas yang lain dan melanjutkan tingkah laku tersebut bagi menyediakan satu tindakan untuk keperluan tertentu. Konsep ini merupakan salah satu konsep asas pengaturcaraan berorientasikan objek. |
heritage park | taman warisan | Pelancongan | Tiada | Tempat yang mempunyai daya tarikan pelancong, yang terdiri daripada peninggalan runtuhan sejarah atau binaan baharu yang melambangkan warisan tempatan. |
International Comission for the Preservation of Islamic Cultural Heritage (ICPICH) | Suruhanjaya Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Islam Antarabangsa (ICPICH) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertanggungjawab mengutip dana dan mengagihkannya kepada negara anggota bagi memelihara dan membaik pulih warisan kebudayaan Islam seperti bandar, monumen, perpustakaan dan manuskrip. |
new money | 1. golongan kaya baharu 2. kaya baharu | Umum | Tiada | 1. Individu atau kumpulan yang baru memperoleh kekayaan melalui usaha sendiri, bukan secara warisan. 2. Berkaitan dengan seseorang atau kumpulan yang memperoleh kekayaan melalui usaha sendiri, bukan secara warisan. |
ascription | warisan berian | Pendidikan | Tiada | Tiada |
heritage | warisan | Ekonomi | Tiada | Tiada |