wayang kulit Jawa | wayang kulit Jawa | Muzik | Tiada | Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malaysia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung. |
wayang kulit Kelantan | wayang kulit Kelantan | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam. |
wayang kulit Melayu | wayang kulit Melayu | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi ensembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.
|
wayang kulit | wayang kulit | Kesenian | Drama dan Teater | Satu bentuk seni persembahan tradisional yang menggunakan kelir melalui permainan bayang-bayang daripada pantulan cahaya pada patung pipih di bahagian belakang kelir yang digerakkan oleh seorang dalang. Di Malaysia, permainan wayang kulit biasanya diiringi alat muzik jenis perkusi seperti gendang, gong, cing, canang dan geduk. |
wayang kulit | wayang kulit | Muzik | Tiada | Teater yang menggunakan bayang-bayang patung di belakang kelir. Patung digerakkan oleh seorang dalang. Teater ini terdapat di Asia Tenggara, China dan India. Lihat juga wayang kulit Jawa, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung, nangyai, nang kalun, nang sbek thorn. |
wayang kulit purwa | wayang kulit purwa | Muzik | Tiada | Lihat wayang kulit Jawa. |
wayang kulit Siam | wayang kulit Siam | Muzik | Tiada | Lihat wayang kulit Kelantan. |
wayang Kelantan | wayang Kelantan | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada Hikayat Seri Rama. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit kelantan ialah serunai. |
wayang Melayu | wayang Melayu | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada cerita-cerita Panji. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit Melayu ialah rebab. |
dalang | dalang | Kesusasteraan | Tiada | Tukang cerita yang menyampaikan dialog, menyanyi dan menggerakkan patung dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak selaku pemimpin atau pengarah muzik yang mengiringi keseluruhan persembahan wayang kulit. |