surface web/ visible web | web terbuka | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Laman web yang boleh diakses oleh orang awam dengan menggunakan enjin carian standard seperti Google, Bing dan sebagainya. |
web apps | app web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi pelanggan-pelayan yang terdapat pada pelayan capaian jauh yang dicapai melalui Internet menerusi pelayar web. App web berperanan untuk melakukan sebarang bentuk fungsi di tapak web untuk pengguna. Contoh app web dalam e-pembelajaran ialah Google Docs, Gmail, Trello dan Twitter. |
web server | pelayan web | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara komputer dalam pelayan web yang menerima permintaan HTTP daripada pelanggan web. Kemudian, pelayan menyediakan maklum balas HTTP bersama dengan kandungan data yang terdiri daripada halaman web seperti dokumen HTML dan objek terpaut seperti imej. Sekiranya terdapat ralat dalam permintaan pelanggan atau sebarang ralat lain, pelayan web akan menghantar mesej ralat tersebut bersama penerangannya secara automatik kepada pelanggan web. Pelayan web juga mempunyai keupayaan menyenaraikan maklumat terperinci mengenai permintaan pelanggan dan maklum balas pelayan ke dalam fail log. Hal ini membenarkan pentadbir web mengumpul statistik dengan melaksanakan perisian penganalisis log dalam fail log. |
web surfing | luncur web | Teknologi Maklumat | Tiada | Melawat dari satu tapak web ke tapak web lain. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |
web crawler | perangkak web | Teknologi Maklumat | Perisian | Satu atur cara komputer yang melayari laman web secara automatik dan berkaedah. Kebanyakan enjin gelintar menggunakan perangkak web sebagai alat untuk mengemas kini data. Perangkak ini mencipta satu salinan semua laman yang telah dilawati untuk diproses oleh enjin gelintar bagi mewujudkan indeks laman yang telah dimuat turun untuk mempercepatkan carian. Perangkak ini juga boleh digunakan untuk mengumpul maklumat yang spesifik daripada laman web seperti pungutan alamat e-mel. Sinonim lelabah web. |
deep web | web terkawal | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Lapisan dalam laman web yang boleh diakses dengan menggunakan kata laluan khas untuk mendapatkan maklumat tertentu seperti laporan kewangan, perubatan, pendidikan dan sebagainya. |
dark web | web tertutup | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Lapisan dalam laman web yang tidak boleh dicapai dengan menggunakan pelayar biasa. Kawasan ini mengandungi maklumat rahsia yang tidak dapat dijejaki seperti jenayah berkaitan dadah, senjata dan sebagainya. |
web rage | bengang web | Teknologi Maklumat | Tiada | Kekecewaan dan kemarahan pengguna apabila mencapai web. Ia disebabkan oleh perkara seperti pelayan yang sibuk, pautan yang hilang dan tapak web yang tidak direka bentuk dengan baik. Lihat juga pautan reput |
web 2.0 | web 2.0 | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Istilah bagi jaringan sejagat (WWW) generasi kedua yang lebih dinamik, tersusun dengan kemampuannya untuk membolehkan kolaborasi serta perkongsian maklumat menerusi aplikasi web antara pengguna Internet dengan pembekal kandungan. Web 2.0 digunakan dengan lebih meluas khususnya dalam e-pembelajaran seterusnya meningkatkan keupayaan penyampaian kandungan pembelajaran dan pentadbiran pengajaran seperti kursus terbuka raya dalam talian (MOOC), Padlet, dan Blendspace. |