Taridra dari Jawa dan Bali yang merangkumi nyanyian, muzik instramental, dialog, tarian dan lakonan. Kostum dan gerakan penari dalam wayang ini meniru kostum dan gerakan patung wayang kulit di Jawa dan di Bali. Ceritanya berasaskan epik Ramayana. Wayang wong diiringi ensembel gamelan. Wayang wong dikenali juga sebagai wayang orang.
Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic tinggi. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemukul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong lek membungai melodi dalam ensembel mahori dan pi phat.
Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic rendah. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemukul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong yai memainkan melodi asas dalam ensembel mahori dan pi phat.
Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.
Thanks for clicking. That felt good.