Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ba yinba yinMuzikTiada

 Sistem pengelasan alat muzik di negara China yang berasaskan lapan jenis bahan, iaitu batu, logam, kulit, kayu, buluh, labu, sutera dan tanah liat Ba yin bermaksud lapan bunyi. Contoh alat muzik berasaskan kulit saperti gu (dram), berasaskan sutera seperti zheng (ziter) dan berasaskan buluh seperti di (ftut). Sinonim pa yin.

pa yinpa yinMuzikTiada

 Lihat ba yin.

yin-yangyin-yangKejururawatanTiadaSimbol yang bermaksud bertentangan tetapi saling melengkapi seperti panas-sejuk dan lelaki-perempuan. Dalam falsafah perubatan Cina, matlamatnya adalah untuk mengekalkan keseimbangan.
ta‘yin bi al-wasfpenentuan bersifatPerniagaan IslamTiadaMenentukan pembelian atau penjualan sesuatu barangan dengan menghuraikan sifat pada barangan. Contohnya, menentukan sifat atau jenis barangan dari segi bentuk, warna, kod model dan jenama. Ta‘yin bi al-wasf juga bertujuan memastikan barangan yang dijual sama dengan barangan yang hendak dibeli.
ta‘yin bi al-dhikrpenentuan bersebutPerniagaan IslamTiadaPerihal menentukan pembelian atau penjualan sesuatu produk dengan menyatakan kebenaran secara jelas. Contohnya, penjual menyatakan spesifikasi produk yang hendak dijual atau pembeli menyebut sifat produk yang hendak diperoleh, bertujuan untuk mengelakkan ketidakpastian. Lihat juga ta‘yin bi al-wasf.
khiyar ta‘yinpilihan penentuanPerniagaan IslamTiadaHak memilih dan menentukan salah satu atau lebih barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat produk tersebut dalam tempoh tertentu. Contohnya, pembeli diberi hak untuk memilih tiga buah jam tangan pada harga yang berlainan. Pembeli berhak memilih atau melakukan ta‘yin untuk satu produk sahaja. Jumhur ulama berpendapat khiyar ini ditegah kerana tidak ditentukan produk yang hendak dijual, tetapi mazhab Hanafi mengharuskannya atas dasar keperluan manusia berdasarkan syarat, produk yang hendak dijual atau dipilih itu mestilah tidak lebih daripada tiga jenis produk sahaja, tiga jenis produk yang hendak dijual mestilah berlainan harga dan sifatnya serta mestilah ditentukan harga bagi setiap produk, masa untuk melakukan khiyar tidak lebih daripada tiga hari sahaja, dan penjual bersetuju untuk berurus niaga.
ta‘yin bi al-isyaratpenentuan berisyaratPerniagaan IslamTiadaPerihal membuat penentuan sesuatu tawaran atau penerimaan barang melalui isyarat yang boleh difahami oleh umum. Contohnya, dalam urus niaga lelongan, perbuatan menganggukkan kepala oleh pembeli boleh diterima sebagai isyarat tanda setuju atau penjual memberikan isyarat tangan sebagai tanda menerima tawaran daripada pembeli.

Kembali ke atas