Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dun] | ادون

Definisi : akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat peringkat negeri yg dipilih melalui pilihan raya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dun] | ادون

Definisi : mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll); mengadunkan mencampurkan atau meng­gabung­kan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih; pengadunan proses atau perbuatan meng­adun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan; pengadun alat utk mengadun: ~ warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dun] | ادون

Definisi : sl elok (kerana berhias): ~-temadun Mn indah-indah, berjenis-jenis warnanya; beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~; baginda makan sirih yg beradun-adun; mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~ pengantin; adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dun] | ادون

Definisi : ; mengadun menggaul sesuatu campuran (spt tepung dgn air, susu, santan) supaya sebati; menguli. adunan tepung dsb yg telah diadun (utk dibuat kuih). pengadunan perbuatan atau hal mengadun. pengadun alat utk mengadun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.dun] | ادون

Definisi : elok; molek. beradun berhias diri. mengadunkan memperelok dgn perhiasan; menyolek: ~ pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adun


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65kata akhir, dan boleh juga berupa huruf-huruf awal setiap perkataan. Berdasarkan cara-cara percantuman bahagian perkataan itu, akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: i. cantuman huruf awal perkataan (ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri); ii. cantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan (Intan = Institut Tadbir Awam Negara); iii. cantuman suku kata awal perkataan (Bernama = Berita Nasional Malaysia); dan iv. cantuman ingin digunakan dalam penulisan, kepanjangannya (ejaan penuh) perlulah ditulis terlebih dahulu dan diikuti oleh singkatan atau akronim dalam tanda kurung, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Hal ini perlu dilakukan apabila menggunakannya pada kali pertama. Setelah itu barulah singkatan atau akronim boleh digunakan secara berterusan dalam satu-satu penulisan atau teks http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=2&hits=5ec+65c+

Kembali ke atas