Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu khidmat pesanan kandungan.p65 23/06/2008, 11:03 PM 1 kosong khidmat pesanan kandungan.p65 23/06/2008, 11:03 PM 2 Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu Bahagian Penyelidikan Bahasa Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2008 khidmat pesanan kandungan.p65 23/06/2008, 11:03 PM 3 Cetakan Pertama 2008  http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=26&hits=5+24+be+139+19d+230+234+33a+3ee+519+6ab+6af+6bb+7b3+8dd+9cf+b2f+cc3+d5b+e20+eea+fbc+1076+10f8+117d+11fa+

Kembali ke atas