Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lam] | سلام

Definisi : 1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda; ~ takzim salam dan hormat; berjabat ~ ber-jabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb); bersalam berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; bersalaman, bersalam-salaman saling ber-tukar salam (berjabat tangan): kami ~ sambil bertukar senyum; menyalami bersalam dgn: dia ~ lelaki tua itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : Id salmon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : 1 aman damai; sejahtera (biasanya digunakan dlm kata majmuk saja): darussalam negeri yg aman damai. 2 tanda menghormati seseorang ketika bertemu, sama ada dgn perkataan atau dgn perbuatan: Dia membalas ~ sahabat-sahabatnya. memberi ~ memberi hormat dgn mengucapkan assalamualaikum dll. bersalam berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat, baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu. bersalam-salaman saling berjabat tangan; saling memberi salam: Kami ~ dahulu sebelum mengadakan mesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65Singkatan yang telah mantap dan lazim digunakan, contohnya: Sallallahualaihiwasallam - SAW Subhanahuwataala - SWT ii. Singkatan yang belum mantap dan boleh digunakan dalam penulisan SMS, contohnya: assalamualaikum - askm wassalam - wslm waalaikummussalam - w.salam atau w.slm Allahyarham - A.yarham atau A.yhm Allahyarhamah - A.yarhamah atau A.yhmh Pembentukan singkatan askm untuk kata assalamualaikum adalah berdasarkan huruf pertama dalam suku kata pertama dan suku kata akhir dan huruf akhir kata. Pembentukan singkatan wslm untuk kata wassalam pula adalah berdasarkan huruf pertama dalam setiap suku kata serta huruf akhir kata. Sementara pembentukan singkatan w.salam, A.yarham, dan khidmat pesanan pg 7-14.p65 23/06/2008, 10:48 PM 12 13 Singkatan SMS A.yarhamah untuk kata waalaikummussalam, Allahyarham, dan Allahyarhamah adalah berdasarkan huruf http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=4&hits=a3c+a7b+aa4+1247+

Kembali ke atas