Definisi : 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)