Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)

160

Diamond cuts diamond

Sama-sama cerdik atau licik

Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang

Many people had fallen prey to his cunning tricks, and so he thought he had outwitted me, but diamond cuts diamond. I still had a few cards up my sleeve.

Banyak orang menjadi mangsa kepada tipu helahnya yang licik itu, dan dia menyangka yang dia telah mengakali aku pula, tetapi orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. Aku masih ada beberapa muslihat yang dia tidak tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jolak[dZ.lA/]kata kerjaampu dan tolak ke atas.Tolong jolakan den naek kateh dahan.[t.lN dZ.lA/.An dEn nAE/ kA.tEh dA.hAn]Tolong ampu dan tolak saya ke atas dahan.
dionyok[di..ø/]kata kerjameletakkan sesuatu dengan kasar.Sobab marah dionyoke guni boreh tu ateh pangkin.[s.bAb mA.ÄAh di..ø/.E gu.ni b.ÄEh tu A.tEh pAN.kEn]Diletakkannya dengan kasar beras itu di atas pangkin.
bake[bA.ke]kata adjektifberkenaan makanan, tanah yang keras pada bahagian atas.Wajik tu kalau tolobeh gulo bake jadie.[wA.ji/ tu kA.lAw t.l.beh gu.lo bA.ke dZA.di.E]Wajik itu kalau terlebih gula, bake jadinya.
mompulun[mm.pu.lun]kata kerjajatuh.Lopeh kono songek tobuan yo, mompulun kero tu dari ateh pokok.[l.pEh k.n s.NE/ t.buAn j mm.pu.lun k«.č tu dA.Äi A.tEh p.k/]Lepas kena sengat tebuan, jatuh kera itu dari atas pokok.

Kembali ke atas