Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cocap[tS.tSAp]kata kerjalap, sapu.Cocap ae kek lantai tu dongan kaen basah.[tS.tSAp AE kE/ lAn.tAj tu d.NAn kAEn bA.sAh]Lap air di lantai itu dengan kain basah.
solorau[s.l.ÄAw]kata tugaskeadaan yang berlaku secara tiba-tiba, serentak.Ujan batu turun solorau yo, tanah pon tak basah.[u.dZAn bA.tu tu.Äun s.l.ÄAw j tA.nAh pon tA/ bA.sAh]Hujan batu turun tiba-tiba sahaja, tanah pun tidak basah.
lumuih[lu.muih]kata kerjabasah kuyup, selekeh.Budak ni lumuih badane dek ujan.[bu.dA/ ni lu.muih bA.dAn.E de/ u.dZAn]Budak ini basah kuyup badannya, kerana hujan.
lukuih II[lu.kuih]kata adjektifbasah kuyup.Lukuih bodan Aji Maie, kono simbah ae.[lu.kuih bo.dAn A.dZi mAiE k.n sim.bAh AE]Basah kuyup badan Haji Mail, kena simbah air.
bolonjap[b.ln.dZAp]kata adjektifbasah kuyup.Kok kau botodoh maso ujan tadi, takla bolonjap cam ni![ko/ kAw b.t.dh mA.s u.dZAn tA.di tA/.lA b.ln.dZAp tSAm ni]Jikalau kau berteduh masa hujan tadi, tidaklah basah kuyup macam ini.
poncot[pn.tSt]kata namabulu atau kain melekat pada kulit apabila basah.Badan budak tu nampak, sobab baju yang dipakee poncot dek kono ujan.[bA.dAn bu.dA/ tu nAm.pA/ s.bAb bA.dZu jAN di.pA.kE.E pn.tSt dE/ k.n u.dZAn]Badan budak itu nampak sebab baju yang dipakai poncot kena hujan.

Kembali ke atas