Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
piuh[pi.juh]kata kerjamemerah kain.Kaen tu dah lapok, bilo basuh jangan piuh kuek-kuek, kang kok kuyak.[kAEn tu dAh lA.po/ bi.l bA.soh dZA.NAn pi.juh ku.wE/.ku.wE/ kAN k/ ku.jA/]Kain itu sudah lapuk, bila dicuci jangan perah kuat-kuat, nanti koyak.
kang[kAN]kata tugassebentar lagi, sekejap lagi; karang.Kang tolong abah basoh keto yo![kAN t.lN A.bAh bA.sh kE.t j]Sekejap lagi tolong abah basuh kereta ya!
kobok I[k.b/]kata namasejenis mangkuk besar yang diisi air untuk mencuci tangan.Basoh tangan dalam kobok tu, baru makan.[bA.sh tA.NAn dA.lAm k.b/ tu bA.Äu mA.kAn]Basuh tangan dalam kobok itu, baru makan.
karang[kA.ÄAN]kata tugassebentar lagi, sekejap lagi; kang.Karang tolong abah basoh keto yo![kA.ÄAN t.lN A.bAh bA.sh kE.t j]Sekejap lagi tolong abah basuh kereta ya!
coreng[tS.ÄEN]kata adjektifcomot, kotor.Coreng bona muko kaw dek arang, poi basoh![tS.ÄEN b.nA mu.k kAw dE/ A.ÄAN pi bA.sh]Comot sangat muka engkau kena arang, pergi basuh!

Kembali ke atas