Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nar] | بنر

Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
enyeh[E.øEh]kata adjektifmanja, mengada-ngada.Enyeh bona dio dongan atuke.[E.øEh b.nA di.j d.NAn A.to/.E]Manja benar dia dengan datuknya.
arek[A.ÄE/]kata adjektifketat, kejap, kedap.Arek bona kau ikek tali ni jang.[A.ÄE/ b.nA kAw i.ke/ tA.li ni dZAN]Ketat benar kau ikat tali ini jang.
pengot[pE.Nt]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang terhenjut-henjut.Jaoh bona bojalan, sampai pengot kaki den.[dZAoh b.nA b.dZA.lAn sAm.pAj pE.Nt kA.ki dEn]Jauh benar berjalan, sampai tempang kaki saya.
ulet[u.let]kata adjektiflambat, perlahan biasanya berkaitan dengan tingkah laku.Ulet bona dio buek kojo, ponek den nunggue.[u.lE/ b.nA di.j bu.wE/ k.dZ p.nE/ dEn nuN.gu.E]Lambat benar dia buat kerja, penat saya menunggunya.
dengkek[dEN.kE/]kata adjektifberkenaan air yang tidak dalam, boleh nampak dasarnya, cetek, tohor.Dengkek bona ae sungai tu pareh buku lali yo.[dEN.kE/ b.nA AE su.NAj tu pA.ÄEh bu.ku lA.li j ]Cetek benar air sungai itu, paras buku lali saja.
ebe[E.bE]kata adjektifcuai.Kau ni ebe bona, jago budak pon tak buleh.[kAw ni E.bE b.nA dZA.g bu.dA/ pon tA/ bu.lEh]Kau ini cuai benar, jaga budak pun tidak boleh.
tokolap[t.k.lAp]kata adjektifsekejap, sekerlap, sepincing; sokolap, sekololap.Lotih bona badan den ni, dapek tido tokolap jadie.[l.teh b.nA dEn ni dA.pAt ti.do t.k.lAp dZA.di.E]Letih benar badan saya ini, dapat tidur sekejap jadilah.
sokolap[s.k.lAp]kata adjektifsekejap, sekerlap, sepincing; sekololap, tokolap.Lotih bona badan den ni, dapek tido sokolap jadie.[l.teh b.nA dEn ni dA.pAt ti.do s.k.lAp dZA.di.E]Letih benar badan saya ini, dapat tidur sekejap jadilah.
dobuih[d.buih]kata adjektiftidak mengenai sasaran, sipi.Bilo dio momangkah gaseng, goma bona dobuih.[bi.l di.j m.mAN.kAh gA.seN g.mA b.nA d.buih]Bila dia memangkah gasing, selalu benar tidak mengenai sasaran.
mongujai[m.Nu.dZAj]kata kerjamengagah kanak-kanak kecil.Omake, goma bona mongujai anake, sok anake kok manjo.[.mA/.E g.mA b.nA m.Nu.dZAj A.nA/.E s/ A.nA/.E k/ mAn.dZ]Emaknya, suka benar mengagah anaknya, esok anaknya kan manja.
12

Kembali ke atas