Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercabang

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tompong[tm.poN]kata namagalah bercabang untuk menolak perahu, rakit dan lain-lain.Dio gunoan tompong buluh, buek nolak perau ko ae.[di.j gu.n.An tm.puN bu.luh bu.wE/ n.lA/ p«.ÄAw k Ae]Dia menggunakan galah bercabang daripad abuluh buat menolak perahu ke air.

Kembali ke atas