Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bocorabeh[b.tS.ÄA.bEh]kata kerjabercakap tidak berhenti-henti, berleter.Apo bocorabeh yo kojo kaw ni? Cubolah diam siket.[A.p b.tS.ÄA.bEh j k.dZ kAw ni tSu.b.lAh di.jAm si.kEt]Mengapa tidak berhenti engkau bercakap ni? Cubalah diam sedikit.
leweh[lE.wEh]kata adjektifberkenaan bercakap dalam nada manja.Apo leweh yo bunyie tu?[A.p lE.wEh j bu.øi.E tu]Mengapa manja saja bunyinya tu?
hogah[h.gAh]kata kerjacakap besar, menggertak.Dio hogah yo tu, takkan dio borani![di.j h.gAh j tu tA/.kAn di.j b.ÄA.ni]Dia bercakap besar saja, takkan dia berani.
giung[gi.juN]kata kerjamenyampuk (percakapan orang lain).Budak-budak jangan giung, bilo orang tuo sodang bocakap.[bu.dA/.bu.dA/ dZA.NAn giuN bi.l .ÄAN tu.w b.tSA.kAp]Budak-budak jangan menyampuk, bila orang tua bercakap.
morondi[m.čn.di]kata adjektifperli, sindir.Kau borati-rati bilo bocakap dongan pak sodaro den, dio tu morondi, bukan dikiro dongan sapo dio nak bocakap.[kAw b.ÄA.ti ÄA.ti bi.l b.tSA.kAp d.NAn pA/ s.dA.č dEn di.j tu m.čn.di bu.kAn di.ki.č d.NAn sA.p di.j nA/b.tSA.kAp]Kau kena berhati-hati bila bercakap dengan bapa saudara saya, dia itu morondi, bukan dikira dengan siapa dia bercakap.
solotuih[s.l.tuih]kata tugassekali-sekali (tentang bercakap).Cakape solotuih-solotuih yo tapi podeh tolingo dibuweke.[tSA.kAp.E s.l.tuih.s.l.tuih j tA.pi p.dEh t.li.N di.bu.wE/.E]Cakapnya sekali-sekali saja tapi pedih telinga dibuatnya.
tak apekan[tA/ A.pe/.An] tidak memberi perhatian tidak mengambil tahu.Kau tak apekan bilo orang tuo bocakap, sobab tu laen disuroh laen dibuweke.[kAw tA/ A.pe/.An bi.l .ÄAN tu.w b.tSA.kAp s.bAb tu lAen di.su.Äoh lAen di.bu.wE/.E]Kau tidak memberi perhatian bila orang tua bercakap, sebab itulah, lain disuruh, lain dibuatnya
balok[bA.lo/]kata adjektifberkenaan bunyi orang ramai bercakap, bising.Dek tolampau balok kek dapo, Pak Doreh tak donga apo kau kato.[dE/ t.lAm.pAw bA.lo/ kE/ dA.po pA/ d.ÄEh tA/ d.NA A.p kAw kA.t]Disebabkan terlampau bising di dapur, Pak Deris tidak dapat mendengar engkau cakap.

Kembali ke atas