Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bocorabeh[b.tS.ÄA.bEh]kata kerjabercakap tidak berhenti-henti, berleter.Apo bocorabeh yo kojo kaw ni? Cubolah diam siket.[A.p b.tS.ÄA.bEh j k.dZ kAw ni tSu.b.lAh di.jAm si.kEt]Mengapa tidak berhenti engkau bercakap ni? Cubalah diam sedikit.
solemo[s.lE.m]kata namahingus.Solemo budak ni tak boronti-ronti kolua, lomeh den dibueke.[s.lE.m bu.dA/ ni tA/ b.čn.ti b.čn.ti k.luA l.mEh dEn di.bu.wE/.E]Selesema budak ini tidak berhenti-henti keluar, lemas saya dibuatnya.
bogebang[b.gE.bAN]kata kerjaberlaga, bertumbuk, berkelahi.Ayam jantan den bogebang sojak malam sampai ari ni, bolum boronti.[A.jAm dZAn.tAn dEn b.gE.bAN s.dZA/ mA.lAm sAm.pAj A.Äi ni b.lom b.čn.ti]Ayam jantan saya berlaga sejak semalam sampai hari ini, belum berhenti.
borangguh[b.ÄAN.guh]kata adjektifberkenaan rombongan pengantin yang berhenti seketika, berehat atau bersiap di rumah tertentu, sebelum beredar ke rumah yang hendak dituju.Rumah tompek borangguh tak jaoh dari rumah ponganten pompuan.[Äu.mAh tm.pE/ b.ÄAN.guh tA/ dZAoh dA.Äi Äu.mAh p.NAn.ten pm.pu.wAn]Rumah tempat borangguh pengantin lelaki tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.

Kembali ke atas