Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bulek[bu.lE/]kata namakeputusan sebulat suara, persetujuan bersama.Putuihe dah bulek, jangan ditontang lai.[pu.tuih.E dAh bu.lE/ dZA.NAn di.tn.tAN lAi:]Keputusannya adalah dengan persetujuan bersama. Oleh itu jangan ditentang lagi.
monenggek I[m.nEN.gE/]kata kerjakongsi bersama (tentang laba dan lain-lain), ambil peluang.Dalam kojo kumpulan, dio tu monenggek yo kojoe, orang dapek dia pon dapek samo.[dA.lAm k.dZ kum.pu.lAn di.j tu m.nEN.gE/ j k.dZ.E .ÄAN dA.pE/ di pon dA.pE/ sA.m]Dalam kerja berkumpulan, dia itu menenggek sahaja kerjanya. Orang dapat, diapun dapat sama
bolobeh[b.l.bEh]kata namatulang atap sebelah dalam biasanya dibuat daripada buluh yang dibelah.Kau carik daun rombio, den carik bolobeh, potang kang bolehla kito cucok atap bosamo-samo.[kAw tSA.Äi/ dA.wn čm.bi.j dEn tSA.Äi/ b.l.bEh p.tAN kAN b.leh.lA ki.t tSu.tS/ A.tAp b.sA.m.sA.m]Kau cari daun rembia, saya cari bolobeh, petang nanti bolehlah kita cucuk atap bersama-sama.

Kembali ke atas