Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar] | بيار

Definisi : 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar] | بيار

Definisi : 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(82)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lancap[lAn.tSAp]kata kerja1. asah, mengasah.Kau lancap parang tu, bia sampai tajam.[kAw lAn.tSAp pA.ÄAN tu biA sAm.pAj tA.dZAm]Kau asah parang itu, biar sampai tajam.
ubeh-ubeh[u.bEh u.bEh]kata adjektifberkenaan percakapan yang terang-terang, jelas.Cakaplah ubeh-ubeh, bia orang paham.[tSA.kAp.lAh u.bEh-u.bEh biA .ÄAN pA.hAm]Cakaplah terang-terang, biar orang faham.
tuyong[tu.joN]kata kerja1. tambah.Tuyung ae dalam taka tu, bia ponoh.[tu.joN AE dA.lAm tA.kA tu biA p.nh]Tambah air dalam takar itu, biar penuh.
jekah[dZE.kAh]kata kerjaalihkan, anjakkan.Tolong jekah sojadah tu bia topat ko kiblat.[t.lN dZE.kAh s.dZA.dAh tu biA t.pAt k kib.lAt]Tolong anjakkan sejadah itu, biar tepat ke kiblat.
tengko[tEN.k]kata kerjamemukul sarang lebah dengan andang.Tengko dulu sarang lobah tu, bia lari induke.[tEN.k du.lu sA.ÄAN l.bAh tu biA lA.Äi in.du/.E]Pukul dulu sarang lebah itu biar lari induknya.
sede II[sE.dE]kata kerjabiar, terdedah.Kau sedean duet tu kek situ, kang disapu kaum.[kAw sE.dE.An du.wEt tu kE/ si.tu kAN di.sA.pu dE/ kAum]Kau biarkan duit itu di situ, kang diambil orang.
rahang[ÄA.hAN]kata namalubuk tidak berair tempat buaya tinggal atau menyimpan mangsanya.Rahang tu makoe tompek buayo simpan tangkapane yang idup bia busuk kato Pawang Mael.[ÄA.hAN tu mA.k.E tm.pE/ buA.j sim.pAn tAN.kA.pAn.E jAN i.dup bi.jA bu.su/ kA.t pA.wAN mA/.El]Rahang itu maknanya tempat buaya menyimpan tangkapannya yang hidup biar jadi busuk kata Pawang Mail.

Kembali ke atas