Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sibak[si.bA/]kata nama1. kaki burung yang dua jarinya ke hadapan dan dua jarinya ke belakang.Burong yang bojari sibak, tak buleh dimakan.[bu.ÄoN jAN b.dZA.Äi si.bA/ tA/ bu.lEh di.mA.kAn]Burung yang dua jari kakinya hadapan dan dua jarinya ke belakang tidak boleh dimakan.
ketuit[kE.tu.wit]kata namasejenis burung hantu, kuangkuit - Lalagennigra.   
kotutuih[k.tu.tu.wih]kata namasejenis burung helang - Microhierax fringillarus.   
monggarah[mN.gA.ÄAh]kata kerjamenakutkan, menghalau.Omak monggarah burong kek sawah.[.mA/ mN.gA.ÄAh bu.čN kE/ sA.wAh]Emak menghalau burung di sawah.
rosang[č.sAN]kata kerjamenyerang dengan garang (ayam, itik, burung).Ibu ayam tu garang, dirosange kok dokek.[i.bu A.jAm tu gA.ÄAN di.č.sAN.E k/ d.kE/]Ibu ayam itu garang, diserang kalau didekati.
boumbai-umbai[b.um.bAj.um.bAj]kata kerjaberayun-ayun.Sarang burong tompuo tu boumbai-umbai kono tiup dek angen.[sA.ÄAN bu.čN tom.pu.w tu b.um.bAj.um.bAj k.n ti.jup dE/ A.Nen ]Sarang burung tempua itu berayun, kena tiup oleh angin.
cawi[tSA.wi]kata namaekor layang-layang, ayam, burung dan sebagainya yang panjang berjurai.Ayam jantan yang tak bocawi namo ayam kapa.[A.jAm dZAn.tAn jAN tA/ b.tSA.wi nA.m.E A.jAm kA.pA]Ayam jantan yang tidak berekor namanya ayam kapa.
borenggeh[b.ÄEN.gEh]kata kerjabertenggek lama (tentang burung).Dah konyang punai tu makan, sumoe borenggeh kek ranting-ranting.[dAh k.øAN pu.nAj tu mA.kAn su.m.E b.ÄEN.gEh kE/ ÄAn.tiN ÄAn.tiN]Sudah kenyang punai itu makan, semuanya bertenggek di ranting-ranting.

Kembali ke atas