Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kain pelikat kepala dua,
     Jahit dengan benang masturi;
Sudah berpakat kita berdua,
     Cakap orang jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)

85

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bega[bE.gA]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, baning.Bega boto budak ni, tak donga cakap orang.[bE.gA b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
baning[bA.niN]kata adjektifdegil, tidak mendengar nasihat, bega.Baning boto budak ni, tak donga cakap orang.[bA.niN b.to bu.dA/ ni tA/ d.NA tSA.kAp .ÄAN]Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.
poluto[p.lu.t]kata adjektifbohong.Kau ni goma buek poluto, sobab tu cakap kau tak didonga kek orang lai.[kAw ni g.mA bu.wE/ p.lu.t s.bAb tu tSA.kAp kAw tA/ di d.NA kE/ .ÄAN lAi:]Kau ini suka buat bohong. Sebab itu cakap kau tidak didengar oleh orang lagi.
balok[bA.lo/]kata adjektifberkenaan bunyi orang ramai bercakap, bising.Dek tolampau balok kek dapo, Pak Doreh tak donga apo kau kato.[dE/ t.lAm.pAw bA.lo/ kE/ dA.po pA/ d.ÄEh tA/ d.NA A.p kAw kA.t]Disebabkan terlampau bising di dapur, Pak Deris tidak dapat mendengar engkau cakap.

Kembali ke atas