Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
moncocoh II[mn.tS.tSh]kata adjektifberkenaan rasa seperti pedas, masam dan lain-lain yang terlampau.Gulai lomak cili api tu moncocoh podehe.[gu.lAj l.mA/ tSi.li A.pi tu mn.tS.tSh p.dEh.E]Gulai lemak cili api itu terlalu pedas.
poraku[p.ÄA.ku]kata namasejenis bekas daripada buluh, upih untuk membawa air atau mengisi sesuatu.Den guno poraku, buek tompek lado.[dEn gu.n p.ÄA.ku bu.wE/ tm.pE/ lA.d]Saya gunakan peraku untuk tempat cili.
monconcong[mn.tSn.tSN]kata adjektifberkenaan bentuk bibir mulut yang terbuka berbentuk bulat kerana kepedasan.Mulute monconcong lopeh makan gulo lado api yang podeh tu.[mu.lut.E mn.tSn.tSN lo.pEh mA.kAn gu.l lA.d A.pi jAN p.dEh tu]Mulutnya monconcong lepas makan gulai cili api yang pedas itu.

Kembali ke atas