Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
coneteng[tS.nE.tEN]kata adjektiftipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; ceneke.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek conetenge.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.
ceneke[tSE.nE.kE]kata kerjatipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; coneteng.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek cenekee.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.
puga[pu.gA]kata kerjasental.Puga lantai tu kuek-kuek dengan beruh dawai baru boroseh.[pu.gA lAn.tAj tu ku.wE/.ku.wE/ d.NAn b«.Äuh dA.wAj bA.Äu b.č.seh]Sental lantai itu kuat-kuat dengan berus dawai, baru bersih.
celoi[tSE.li]kata namamengambil dengan menggunakan jari (seperti mengambil lauk di dalam mangkuk).Lauk dalam mangkok ni copek basi kalu kono celoi.[lAo/ dA.lAm mAN.ko/ ni tS.pE/ bA.si kA.lu k.n tSE.li]Makanan dalam mangkuk ini akan cepat basi jika diambil dengan jari.
hobin[h.bin]kata kerjabelasah, hentam dengan bersungguh-sungguh, pukul dengan kuat.Torok poncurik tu kono hobin dek orang kampong bilo kono tangkap.[t.Äo/ pn.tSu.Äi tu k.n h.bin de/ .ÄAN kAm.pN bi.l k.n tAN.kAp]Teruk pencuri itu kena belasah dengan orang kampung bila kena tangkap.
gleme[glE.mE]kata namadaging bercampur dengan lemak.Dageng gleme tak sodap buek rondang.[dA.gEN glE.mE tA/ s.dAp bu.wE/ čn.dAN]Daging bercampur dengan lemak tidak sedap dibuat rendang.
mongoreh[m.N.ÄEh]kata adjektifgugur dengan banyak.Rambute mongoreh hinggo botak dek sakit barah.[ÄAm.but.E m.N.ÄEh hiN.g b.tA/ de/ sA.ket bA.ÄAh]Rambutnya gugur dengan banyak hingga botak kerana sakit barah.
dionyok[di..ø/]kata kerjameletakkan sesuatu dengan kasar.Sobab marah dionyoke guni boreh tu ateh pangkin.[s.bAb mA.ÄAh di..ø/.E gu.ni b.ÄEh tu A.tEh pAN.kEn]Diletakkannya dengan kasar beras itu di atas pangkin.
kolokai[k.l.kAj]kata kerjacari dengan teliti.Kok tak kolokai lamari tu, payah nak jumpo.[ko/ tA/ k.l.kAj l.mA.Äi tu pA.jAh nA/ dZum.p]Kalau tidak cari dengan teliti dalam almari itu, payah hendak jumpa.
bobot[b.bt]kata kerjamenyuruh dengan memuji atau menegah dengan menyuruh.Kok nak nyuroh budak tu dibobot-bobot an, kang tak poi de do.[k/ nA/ øu.čh bu.dA/ tu di.b.bt b.bt.An kAN tA/ pi de d]Kalau hendak menyuruh budak itu hendaklah dengan cara memuji-mujinya, kalau tidak budak itu tidak akan pergi.
12345678

Kembali ke atas