Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.rai] | دراي

Definisi : bunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik; berderai, berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rai] | دراي

Definisi : ; berderai, berderai-derai 1. ber-lanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), me­nitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang ke­luarganya melarat; deraian perihal berderai-derai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.rai] | دراي

Definisi : ; berderai 1 gugur (bkn daun, buah dll) dgn banyak atau dgn tidak menentu. 2 berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur (bkn tertawa atau kokok): Mereka tertawa ~ melihat telatah badut dlm televisyen. 3 berbutir; berbiji; hancur: Mengapa nasi ini ~ saja? Tanah di situ ~ kerana kekurangan air. 4 bertitik-titik (air mata dll): Air matanya jatuh ~ kerana terlalu sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derai

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai ayam si tombong,
     kokok berderai-derai,
ekor bergelimang tahi.

Bermaksud :

Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. tombong = sombong.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kosai[k.sAj]kata adjektifberderai-derai.Padi tu dah banyak yang kosai yang tingga tangkai yo.[pA.di tu dAh bA.øA/ jAN k.sAj jAN tiN.gA tAN.kAj j]Padi itu banyak yang berderai, yang tinggal tangkainya saja.

Kembali ke atas