Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(18)

475

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kata periuk belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(106)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
conggang[tSN.gAN]kata kerjaberpisah, berenggang; boconggang.Dio orang tu memang susah nak conggang macam bolangkeh.[di.j .ÄAN tu mE.mAN su.sAh nA/ tSN.gAN mA.tSAm b.lAN.kEh]Dia orang itu memang susah hendak berpisah, macam belangkas.
boconggang[b.tSN.gAN]kata kerjaberpisah, berenggang; conggang.Dio orang tu memang susah nak boconggang macam bolangkeh.[di.j .ÄAN tu mE.mAN su.sAh nA/ b.tSN.gAN mA.tSAm b.lAN.kEh]Dia orang itu memang susah hendak berpisah, macam belangkas.
diulumbai[di.u.lum.bAj]kata kerjadihasut.Dio tu, tak boleh nengok orang sonang, diulumbainyo orang tu, hinggo pocah bolah.[di.j tu tA/ b.leh nE.N/ .ÄAN s.nAN di.u.lum.bAj.ø .ÄAN tu hiN.g p.tSAh b.lAh]Dia itu, tidak boleh menengok orang senang, dihasutnya orang itu, hingga pecah belah.
monenggek I[m.nEN.gE/]kata kerjakongsi bersama (tentang laba dan lain-lain), ambil peluang.Dalam kojo kumpulan, dio tu monenggek yo kojoe, orang dapek dia pon dapek samo.[dA.lAm k.dZ kum.pu.lAn di.j tu m.nEN.gE/ j k.dZ.E .ÄAN dA.pE/ di pon dA.pE/ sA.m]Dalam kerja berkumpulan, dia itu menenggek sahaja kerjanya. Orang dapat, diapun dapat sama
sorau[s.ÄAw]kata namasial.Budak puan ni ado soraue, orang ndak, dio tak ndak, dio ndak orang tak ndak. Nak baek, mandian ni bungo tujoh tolago.[bu.dA/ pu.wAn ni A.d s.ÄAw.E .ÄAN ndA/ di.j tA/ ndA/ di.j ndA/ .ÄAN tA/ ndA/ nA/ bAe/ mAn.di.jAn ni bu.N tu.dZh t.lA.g]Budak perempuan ini ada sialnya, orang hendak, dia tidak hendak, dia hendak, orang tidak hendak. Hendak baik, mandikan dia bunga tujuh telaga.
bodocap[b.d.tSAp]kata kerjasebutan yang tiba-tiba, spontan.Bodocap jo, dio mengato orang tu gilo.[b.d.tSAp dZ di,j m.NA.t .ÄAN tu gi.l]Spontan saja dia mengatakan orang itu gila.
monureh[m.nu.ÄEh/]kata adjektifsempurna, bijak, pandai.Orang sumo suko kek dio, sobab kojoe monureh.[.ÄAN su.m su.k kE/ di.j s.bAb k.dZ.E m.nu.ÄEh]Orang semua suka kepada dia, sebab kerjanya sempurna.
midi[mi.di]kata adjektifsombong, tinggi diri.Dio tu midi, bilo bokawan pilih orang.[di.j tu mi.di bi.l b.kA.wAn pi.lih .ÄAN]Dia itu sombong, bila berkawan pilih orang.
tocengkong[t.tSEN.kN]kata adjektifduduk bertinggung di dahan, batang kayu dan lain-lain.Dio tocengkong ateh tembok menengok orang lalu.[di.j t.tSEN.kN A.tEh tEm.b/ m.nE.N/ .ÄAN lA.lu]Dia duduk mencangkung di situ melihat orang lalu.
bogorah[b.g.ÄAh]kata kerjabersoloroh.Dio tu suko sangat bogorah sampe tak koring gusi orang mondongae.[di.j tu su.k sA.NAt b.g.ÄAh sAm.pE tA/ k.ÄiN gu.si .ÄAN mn.d.NA.E]Dia itu suka sangat berseloroh sampai tidak kering gusi orang mendengarnya.
12

Kembali ke atas