Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditinggalkan

Puisi
 

Mari hinggap di pohon rimbu,
     Sayang selasih di tepi perigi;
Setiap hari ku menanggung rindu,
     Kerana kasih ditinggalkan pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kura-kura di kaki ditinggalkan,
     penyu di pantai dikejar.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(30)

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sosap[s.sAp]kata namaladang atau huma yang ditinggalkan.Sosap di kampong ulu dah dibuwek kolam ikan.[s.sAp di kAm.pN u.lu dAh di.bu.wE/ k.lAm i.kAn]Ladang yang ditinggalkan di kampung hulu sudah dibuat kolam ikan.
bosarau[b.sA.ÄAw]kata namaberlubang-lubang.Atap rumah tu dah bosarau dek lamo kono tingga.[A.tAp Äu.mAh tu dAh b.sA.ÄAw de/ lA.m k.n tiN.gA]Atap rumah itu sudah berlubang-lubang kerana rumah tersebut sudah lama ditinggalkan.

Kembali ke atas