Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pengado[p«.NA.d]kata namakayu bersegi tiga yang dipasang pada leher binatang.Kambeng jantan yang jahat tu dilokean pengado, baru tak boleh masuk paga lai.[kAm.beN dZAn.tAn jAN dZjA.hAt tu di.l.kE/.An p«.NA.d bA.ÄutA/ bu.lEh mA.s/ pA.gA lAi:]Kambing jantan yang jahat itu diletakkan pengado, tidak boleh masuk pagar lagi.
koporet[k.p.rEt]kata adjektifberkenaan kanak-kanak yang nakal.Koporet boto budak ni abeh dirosakan talipon ni.[k.p.Äet b.t bu.dA/ ni A.beh di.č.sA/.An tA.li.pn ni]Jahat betul budak ini, habis dirosakkan telefon ini.

Kembali ke atas