Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ri] | جاري

Definisi : 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wal­lichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : 1 bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas: Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2 ukuran sebesar jari tangan: Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3 sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari tangan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
celoi[tSE.li]kata namamengambil dengan menggunakan jari (seperti mengambil lauk di dalam mangkuk).Lauk dalam mangkok ni copek basi kalu kono celoi.[lAo/ dA.lAm mAN.ko/ ni tS.pE/ bA.si kA.lu k.n tSE.li]Makanan dalam mangkuk ini akan cepat basi jika diambil dengan jari.
sibak[si.bA/]kata nama1. kaki burung yang dua jarinya ke hadapan dan dua jarinya ke belakang.Burong yang bojari sibak, tak buleh dimakan.[bu.ÄoN jAN b.dZA.Äi si.bA/ tA/ bu.lEh di.mA.kAn]Burung yang dua jari kakinya hadapan dan dua jarinya ke belakang tidak boleh dimakan.
binjek[bin.dZe/]kata kerjamengambil dengan tiga hujung jari (sedikit bahan).Binjek siket kue tu, omak nak raso.[bin.dZe/ si.kEt kuE tu .mA/ nA/ ÄA.s]Ambilkan secubit kuih itu, emak hendak rasa.
copot[tS.pt]kata kerjamencubit sesuatu dengan hujung lima jari.Pipi budak kocik yang tombam tu dah bokali-kali kono copot.[pi.pi bu.dA/ k.tSi/ jAN tm.bAm tu dAh b.kA.li.kA.li k.n tS.pt]Pipi anak kecil yang tembam itu sudah berkali-kali kena pegang.

Kembali ke atas