Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sut] | کاسوت

Definisi : alas kaki (spt sepatu, selipar, dll); ~ bola kasut utk bermain bola sepak; ~ but kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; ~ getah kasut drpd getah; ~ kayu terom­pah; ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya yg dipakai utk meluncur di permukaan ais; ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk berjalan meluncur; ~ rumput Id selipar (drpd anyaman rumput); ~ tumit tinggi kasut yg tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita); berkasut 1. mempunyai kasut: sepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~; 2. memakai kasut: dia tidak ~ ke kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sut] | کاسوت

Definisi : ; binatang ~ sj binatang (bersel satu dan berbentuk spt kasut), Paramecium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sut] | کاسوت

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Paphiopedilum exul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sut] | کاسوت

Definisi : alas kaki (dibuat drpd getah, kulit dll) yg menutupi bahagian kaki; sepatu. ~ bola kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. ~ but kasut yg sampai ke atas mata kaki. ~ getah kasut yg lapiknya dibuat drpd getah dan penutupnya dibuat drpd kain. ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis yg terletak tegak pd bahagian tapaknya, yg dipakai utk meluncur di permukaan ais. ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk meluncur di kawasan yg licin, spt di atas jalan atau di atas gelanggang. berkasut 1 mempunyai kasut: Dia tidak pernah ~ sehinggalah ia bersekolah. 2 memakai kasut: Dia berjalan tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasut (kata nama)
Bersinonim dengan sepatu, halus, selop, selipar, alas kaki, lapik kaki, kaus, terompah, capal, but, paduka.,

Puisi
 

Pakailah kasut jalan ke pasir,
     Lokan berisi di dalam puan;
Rambut kusut tidak tersisir,
     Dendam rindu denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya,
     tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nyonyeh[ø.øEh]kata adjektifrosak.Kasot dio dah nyonyeh, kerano rogoe murah, kasut den bolum lai.[kA.sot di.j dAh ø.øEh k«.ÄA.n č.g.E mu.ÄAh kA.sut. dEn b.lum lAi:]Kasut dia sudah rusak kerana harganya murah, kasut saya belum lagi.
longkeh[lN.kEh]kata adjektifberkenaan sesutu yang terkopek semula, tanggal, lekang.Tapak kasut yang digam tu dah longkeh balek.[tA.pA/ kA.sut jAN di.gAm tu dAh lN.kEh bA.lE/]Tapak kasut yang digam itu terkopek semula.

Kembali ke atas