Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(314)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
botimpeh-timpeh[b.tim.pEh tim.pEh]kata kerjabertimpa-timpa, berturut-turut.Kosian kek keluago tu, botimpeh-timpeh balo kono keke.[k.siAn kE/ kE.luA.g tu b.tim.pEh tim.pEh bA.l k.n kE/.E]Kasihan kepada keluarga itu, bertimpa-timpa bala kena kepadanya.
somolet[s.m.let]kata namabekas untuk menyimpan wang daripada kain yang diikat di pinggang.Somolet dibuek dari kaen, nak simpan duet ikek kek pinggang.[s.m.let di.bu.wE/ dA.Äi kAEn nA/ sim.pAn du.wEt i.kE/ kE/ piN.gAN]Somolet dibuat dari kain, hendak simpan duit, diikat di pinggang.
ceneke[tSE.nE.kE]kata kerjatipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; coneteng.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek cenekee.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.
ketuit[kE.tu.wit]kata namasejenis burung hantu, kuangkuit - Lalagennigra.   
kepet[kE.pEt]kata adjektifkempis.Taya ni kepet, tokono paku agake.[tA.jA ni kE.pEt t.kN.n pA.ku A.gA/.E]Tayar ini kempis, terkena paku agaknya.
singkek[siN.kE/]kata namadari ketika waktu ini (tentang masa), mulai hari ini.Singkek ni, jangan kau buek kojo macam tu.[siN.kE/ ni dZA.NAn kAw bu.wE/ k.dZ mA.tSAm tu]Mulai masa ini, jangan kau buat lagi kerja macam itu.
kekeh[kE.kEh]kata adjektifgigih, rajin.Kekeh boto budak tu bokojo, nak simpan duit, agake nak kawen.[kE.kEh bo.to bu.dA/ tu b.k.dZ nA/ sim.pAn duEt A.gA/.E nA/ kA.wEn]Gigih betul budak itu bekerja untuk menyimpan duit, agaknya hendak kahwin.
dengkek[dEN.kE/]kata adjektifberkenaan air yang tidak dalam, boleh nampak dasarnya, cetek, tohor.Dengkek bona ae sungai tu pareh buku lali yo.[dEN.kE/ b.nA AE su.NAj tu pA.ÄEh bu.ku lA.li j ]Cetek benar air sungai itu, paras buku lali saja.
parang kedong[pA.ÄAN. kE.dN] sejenis parang yang bengkok hujungnya (untuk menebas).Parang kedong ni tajam, baru lopeh borasah.[pA.ÄAN kE.dN ni tA.dZAm bA.Äu l.pEh b.ÄA.sAh]Parang kedong ini tajam, baru lepas diasah.
kepong[kE.pN]kata kerjamemakan buah tanpa dipotong atau dihiris.Pisau tak do, kau kepong yo lah manggo tu.[pi.sAw tA/ d kAw kE.pN j lAh mAN.g tu]Pisau tidak ada kau gigit sajalah mangga itu.
12345678910...

Kembali ke atas